Sunday 29 January 2012



Jangan dinanti pada yang tak sudi...
Jangan merindu pada yg tak mengingati...
Jangan kesian pada orang yang pernah menyakiti...
Jangan dikenang pada orang yang dah pergi...
Dan buka lah hati pada yang sudi..............

Wednesday 25 January 2012

Luahan Hati Yang Terluka

Izinkan diriku meluahkan rasa,
Maafkanlah aku andai kau terasa,
Biar ku paparkan apa yang terjadi,
Moga engkau tak ulangi.

Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah,
Setelah lamanya menjalinkan cinta,
Dalam diam-diam kau sudah berpunya,
Tanpa aku menyedari semuanya.

Aku mendoakan agar kau bahagia,
Bersama si dia insan yang kau suka,
Percintaan kita tak sampai ke mana,
Setakat di bibir saja.

Sayang...
Kau bina mahligai dari air mata,
Yang jatuh berderai di wajah sepiku,
Hancurnya hatiku bisa tak terkata,
Terhumban rasa diriku.

Oh aduhai ku masih ingati,
Janji manis dan saat romantis,
Kau pintaku supaya setia,
Akhirnya kau yang berubah.

Oh tuhanku tabahkan hatiku,
Temukan dengan ketenangan jiwa ini,
Dibelasah rindu,
Tetapi apa dayaku.

Ku cuba pejam mata tapi tak terlena,
Keranaku masih teringat pada mu,
Begitu payah nya nak ku melupakan,
Pernah kah kau memikirkan oh sayang... T__T

Monday 23 January 2012

Kerana Budimu Kekasih...

Tidak terdaya bagiku
Hendak memetik cintamu
Bimbang nanti tidak kesampaian

Kau bagai hujan yang datang
Menyiram musim kemarau
Indah mu tiada bandingan
Sedang aku cuma dagang yang merantau

Terlalu banyak pengorbanan darimu
Susah senang ku kau mengambil tahu
Sehinggakan ku rasa terharu
Bila mengenangkan budi dan jasa mu
Aku tahu siapa diriku
Bagaikan musafir yang menumpang lalu

Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga
Engkau datang membawa bahagia
Entah apakah gerangan di jiwa
Hendak ku tinggal tiada berdaya

Kerana budi aku jatuh hati
Aku tak mengerti ianya terjadi
Kerana budi aku jatuh hati
Kepada mu kini cinta bersemi

Thursday 19 January 2012

Pelangi Itu....

Ruang hati ini untuk yang HALAL dimiliki.. Namun sekiranya yang hadir itu sekadar persinggahan menghilangkan sunyi, Mohon maaf kerana tiada tempatmu di sini, kerana kamu akhirnya akan berlalu pergi......

>> Allah kadang-kadang jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Oleh itu, berhentilah mengejarnya..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.. He knows the best!

Tak kan tengok je...klik la sekali :)

Aishiteru 2~tak suka, tu ada button pause :)

Copyright© All Rights Reserved Alabucukbucuk.blogspot.com