Wednesday 11 July 2012

1, 2, 3 ~ STRESS !!


Hai hai hai !! Saya berminat dengan seorang mamat ni yang bernama Mat Luthfi... dah lama dah mamat ni popular di laman youtube dengan video2 dia yg gila2. Sesiapa yg youtuber macam saya ofcourse kenal mamat ni. :)
Okei...baiklah dalam banyak2 video, saya pilih 1 video ni yg bagi saya ada kena mengena dgn IQ, EQ dan SQ. So...enjoy the show :p


Moral of the story...jangan kita cepat melatah apabila ditimpa masalah. Sesungguhnya, hidup kita ni bukan sia2. Suma benda ni ada hikmah di sebaliknya. Haah...jangan dok stress memanjang. Kalau kepala dah jam gila dah tak boleh nak pikir...ambil masa untuk berfikir secara rasional. Tapiskan masalah dan rangka jalan penyelesaian bagi masalah korang tu. Kalau tak jalan juga...korang jerit la sepuas hati katakan yg diri korang ni nga STRESS !! haha :p

Tuesday 10 July 2012

REFLEKSI MINGGU 3 (Video EQ)

Assalamualaikum salam pembuka bicara. Post saya kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperjuangkan usaha bagi menyiapkan refleksi bagi subjek Kecerdasan Emosi pada minggu ketiga. Pejam celik pejam celik...tidak sedar sudah pun masuk kuliah yang ketiga. Sudah bosan ke dengan catatan saya? Saya tahu anda tidak bosan. Berani nak bosan dengan blog cik izzati yang cantik ini? (mula dah poyo haha :p). Jangan bosan dulu...kerana saya nak tunjukkan korang satu video yang menarik berkaitan dengan subjek KE yang penuh dengan emosi ini hehe. Apa yang menariknya? Haah...kalau nak tahu klik la video ini untuk lihat =D



Apa perasaan korang sejurus selepas menonton video di atas? Kasihan? Simpati? Padan muka? Atau korang langsung tidak ada timbul apa-apa perasaan? Kalau yang itu korang perlu check up kot-kot mana tahu ada fius dalam badan tu yang putus ke. Just kidding. Okei = baiklah...
Motifnya saya memilih video ini adalah bertujuan untuk melatih diri korang dalam 3 aspek iaitu IQ, EQ dan SQ. hok aloh...apo pulok 3 bendo tuh? Sabar...sabar...jangan melatah. Korang tidak perlu memenatkan kepala untuk memikirkannya. Saya akan terangkan sedikit perihal 3 aspek ini secara ringkas.
Kecerdasan intelektual (Intelligence Quotient /IQ) adalah kemampuan potensial seseorang untuk mempelajari sesuatu dengan menggunakan alat-alat berpikir. Untuk mengetahui IQ (Intelligence Quotient) seseorang, dilakukan tes inteligensi. Tes inteligensi menghasilkan IQ. IQ menggambarkan tingkat inteligensi. Kecerdasan ini terletak di otak bahagian Cortex (kulit otak). Kecerdasan ini adalah sebuah kecerdasan yang memberikan kita kemampuan untuk berhitung, bernalogi, berimajinasi, dan memiliki daya kreatif serta inovasi. Atau lebih tepatnya diungkapkan oleh para pakar psikologis dengan “What I Think“. Apa yang saya fikirkan?
Kecerdasan emosi (Emotional Quotient/EQ) adalah kapasitas, kemampuan, dan ketrampilan untuk menangkap atau menilai serta mengendalikan emosi diri sendiri, orang lain, dan kelompok. Akan tetapi, definisi kecerdasan emosi masih merupakan rahsia yang belum terungkap dan masih berubah-ubah. Kecerdasan ini di otak berada pada otak belakang manusia. Kecerdasan ini memang tidak mempunyai ukuran pasti seperti IQ, namun kita dapat merasakan keberadaannya dalam diri seseorang. Oleh sebab itu EQ lebih tepat diukur dengan feeling. Kecerdasan emosi digambarkan sebagai kemampuan untuk memahami suatu keadaan perasaan seseorang, sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Banyak orang yang salah ertikan kecerdasan emosi ini di bawah kecerdasan intelektual. Tetapi, penelitian mengatakan bahawa kecerdasan ini lebih menentukan kejayaan seseorang dibandingkan dengan kecerdasan sosial. Kecerdasan ini lebih tepat diungkapkan dengan “What I feel”. Apa yang saya rasa?
Kecerdasan spiritual (Spiritual Quotient/SQ) menurut Danah Zohar (Harvard University) dan Ian Marshall (Oxford University) adalah kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas, kaya dan mendalam; kecerdasan untuk menilai bahawa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain. Kecerdasan spiritual (Spiritual Quotient ) menyedarkan kita akan tujuan hidup dan pemaknaan kehidupan yang kita jalani. Bahawa hidup memiliki arah dan tujuan hidup, bahawa setiap kehidupan memiliki pemaknaan yang tidak sekadar makna-makna bersifat duniawi. Kecerdasan inilah yang menurut para pakar sebagai penentu kesuksesan seseorang. Kecerdasan ini menjawab berbagai macam pertanyaan dasar dalam diri manusia. Kecerdasan ini menjawab dan mengungkapkan tentang jati diri seseorang, “Who I am“. Siapa saya? Untuk apa saya diciptakan?
Sudah faham apa itu IQ, EQ dan SQ? Baiklah...kita ambil kata kuncinya sahaja; “what I think?”, “what I feel?” dan “who I am?”. Apa kaitannya pula dengan video ini? Jika kita lihat kembali pada video ini...Gopher, sang memerang yang tidak dapat mencari makanan. Gopher telah menggunakan kebijaksanaannya (IQ) mencari makanan untuk hidup. Namun Gopher menggunakan IQnya sahaja...tidak EQ. Tamak..Gopher sepatutnya ambil makanan sekadar keperluan untuk makan sahaja. Gopher tidak mampu mengawal EQnya ketika ditimpa malang seperti ini. Moralnya ialah orang tamak memang sentiasa rugi. Demikianlah, kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Maksudnya di sini, Gopher menggunakan teknik yag licik iaitu merosakkan jalan supaya buah-buah jatuh ke tanah. Maka padanlah dengan nasibnya iaitu semua buah yang jatuh itu dicuri oleh haiwan lain. Pengajarannya ialah kita perlu mencari rezeki dengan cara yang halal. Di samping itu, nasib malang menimpa tidak henti-henti. Sesungguhnya kita sebagai manusia perlu sentiasa bermuhasabah diri dalam meningkatkan SQ kita. Percaya bahawa setiap perkara yang menimpa diri kita tidak sia-sia, pasti ada hikmah disebaliknya.
Haah...walaupun hanya video sesingkat 4 minit ini...banyak input yang dapat kita peroleh darinya. Semoga post untuk kali ini tidak mengecewakan korang untuk terus-terusan menyinggah blog saya. Peace no war!! (^__^V)

REFLEKSI MINGGU 2 (Passion? Apa tu?)


“Assalamualaikum...hello...vanakam...konniciwak...moshi-moshi...”

Pelbagai bunyi membawa satu makna; iaitu menghargai kalian yang sudi singgah ke blog saya kali ini. J
Sudah masuk minggu kedua bermakna post saya untuk kali ini adalah berkaitan dengan refleksi kedua bagi sesi kuliah subjek Kecerdasan Emosi yang paling saya sayangi <3

Kali ini saya ingin bercerita tentang ‘passion’. Perkataan ini pernah saya dengar sebelum ini tetapi tidak pernah menghiraukan makna yang tersirat padanya. Apabila memikirkan kembali, selama 19 tahun hidup ini, tidak pernah memfokuskan passion diri kita. Namun, selepas saya mengenali subjek Kecerdasan Emosi (EQ) ini telah mengajar saya untuk mengenali dan lebih menghargai diri saya sendiri.


Jika Anda menjadi penyapu jalanan, Anda harus menyapu jalan layaknya Michelangelo melukis, sejenius Beethoven menggubah musik, atau seindah tulisan Shakespeare. Anda harus menyapu jalan begitu baik sehingga semua tentara surga dan Bumi akan berhenti sejenak dan berkata, ‘Di sini tinggal penyapu jalanan yang melakukan pekerjaannya dengan sangat baik’.”
~Martin Luther King Jr.~

Berikut definisi dari kata passion yang dipaparkan oleh wikipedia.com. Passion (dari bahasa Greek (paskho) bermaksud derita). Penggunaan derita ini membawa makna sesuatu perasaan yang kuat terhadap seseorang atau sesuatu benda. Mungkin daripada definisi ini sukar untuk kita memahami sepenuhnya apa itu passion. Menerusi kuliah pada minggu kedua ini dan pembacaan tambahan sendiri, dapat saya simpulkan bahawa passion adalah kesukaan yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara dan bersemangat dalam melakukannya. Sehingga dibayar atau tidak dibayar, saya akan tetap melakukannya.  Ringkasnya, sesuatu yang dikerjakan dengan senang hati tanpa beban/lahir dari hati, besar kemungkinan itulah passion anda.

Perasaan menemukan passion yang ada dalam diri kita seolah-olah seperti bayangan kita menemukan harta karun. Passion akan membawa kita melewati semua tentangan yang ada. Di samping itu, passion akan membuat kita tetap tersenyum manis ketika kita mendengar pandangan yang merendahkan diri kita kerana melakukan sesuatu. Contoh yang dapat saya berikan adalah seperti seorang lelaki yang berminat terhadap motor vespa berwarna merah jambu yang kelihatan kewanitaan. Namun, lelaki itu tidak malu dan berbangga membawa motor vespanya itu ke sana-sini. Haha harap korang faham maksud saya ni :p

Sungguh ironis/tragis/sadis jika anda melakukan sesuatu dengan rasa terpaksa (ayat terlebih sudah :p). Rasa terpaksa tidak pernah melahirkan kebahagiaan yang sejati. Percaya atau tidak passion juga melambangkan identiti diri kita! Bagi saya, passion yang terdapat dalam diri saya ialah membaca novel. Mengapa? Saya juga tidak dapat menjawabnya. Sebenarnya jika kita telah meminati @ passion terhadap sesuatu perkara itu tidak memerlukan sebab-musabab. Yang pasti ia memberikan kepuasan yang tinggi untuk diri kita. Lagi-lagi novel itu mengetengahkan unsur percintaan, kasih sayang, perkahwinan dan sama waktu dengannya. Saya sentiasa membayangkan diri saya merupakan watak utama heroin dalam novel tersebut. Kadangkala sampai menangis-nangis apabila klimaks cerita dan ada juga ketawa pontianak dek gelakkan jenaka yang diselitkan oleh penulis. Sehinggakan diri ini dikutuk tersangatlah jiwangnya dan terlalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sebuah buku. Namun, saya berasa puas apabila membaca novel tersebut sehingga ke titisan dakwat yang terakhir (haha poyo lagi :p).

Sekian...refleksi saya untuk minggu ini. Harap pembaca tidak jemu-jemu membaca blog saya ini. Hidup KE !! ^__^

REFLEKSI MINGGU 1 (Apa itu EQ?)


Assalamualaikum dan salam ceria buat pembaca sekalian. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya yang serba sederhana ini. Post untuk kali ini agak serius sedikit kerana ada kaitannya dengan kecerdasan emosi yang akan saya kupaskan sebentar lagi. [ayat poyo je :p]
Sebelum itu, sabar dahulu...kita kan belajar major subjek Kecerdasan Emosi. Ingatlah pepatah pernah berkata “sabar itu separuh daripada iman”. Senyum sikit J

Blog “Ku Menunggu Pelangi Itu” saya ini merupakan salah satu ruang untuk tempat meluahkan segala perasaan, emosi, luahan rasa; sama ada suka, duka, sedih, rindu, cinta, persahabatan, kesetiaan dan banyak lagi yang tersirat di dalam hati insan yang kecil molek ini huhu. Kadangkala penulisan mampu merungkai segala perasaan lebih baik daripada percakapan.

Demikian itu, saya berasa amat gembira apabila berpeluang menuntut ilmu subjek Kecerdasan Emosi untuk semester 3 kali ini. Hal ini demikian kerana tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang amat saya kagumi lagi saya hormati adalah berkaitan dengan proforma subjek Kecerdasan Emosi yang disayangi ini. Menerusi subjek ni juga, saya dapat mengenal identiti saya menerusi kecerdasan emosi itu sendiri. Seseorang individu itu dikatakan tinggi Kecerdasan Emosi (EQ) adalah apabila individu itu mampu mengawal emosinya ketika ditimpa musibah/malang/kecelakaan. Saya suka hendak berkongsi satu pepatah di dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi:

“Life is like a roller coaster. It has its ups and downs.
But it’s your choice to scream or enjoy the ride”

:: Jadi senyumlah untuk menghadapi hidup ini :D ::

Okei...opss silap! Nanti ada orang marah..haha baiklah!
Kita kembali kepada tujuan asal saya untuk mengupas perihal Kecerdasan Emosi ini.
Baiklah...apa itu Kecerdasan Emosi (EQ)? Saya ingin meminjam definisi Goleman (1998):
“...kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.”

Menurut Gardner (1993) menyatakan:
Kecerdasan emosi dalam gabungan kecerdasan intrapersonal dan interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada keupayaan kesedaran diri yang tinggi dan bertindak menurut kesedaran tersebut. Kecerdasan ini membolehkan seseorang memahami dirinya dengan tepat dan berupaya menangani keinginan, ketakutan, emosi dan motif diri dengan sewajarnya.

Tambahan lagi, Amstrong (1994) berpendapat pemilik kecerdasan intrapersonal sentiasanya menunjukkan sifat-sifat seperti berikut:
i.      Sentiasa membuat refleksi diri dan memikir tentang isu besar dalam kehidupan.
                                                                 ii.  Mementingkan pemajuan diri dan kefahaman diri.
                                                                 iii.   Mengembangkan minat dan hobi tersendiri.
                                                                 iv.  Sentiasa memikir tentang matlamat hidup.
                                                                 v.    Mahir belajar daripada maklum balas dan memahami kelebihan dan kelemahan diri.
                                                                 vi.  Menulis diari dan membuat catatan khusus terhadap kehidupan diri.
                                                                 vii. Berdikari, berazam, kuat dan berupaya mendepani kegagalan.

Maka, boleh dikatakan orang yang ingin meningkatkan kecerdasan emosinya dengan melakukan refleksi kendiri dalam kehidupan seharian. Justeru, semakin bertambah-tambah sayang saya terhadap subjek Kecerdasan Emosi ini oleh kerana kami telah diwajibkan untuk menulis refleksi untuk setiap minggu kuliah dijalankan di dalam blog masing-masing. Terima kasih buat pensyarah bagi subjek major dalam semester kami ini. ^__^

Itulah serba ringkas tentang Kecerdasan Emosi (EQ) yang dapat saya simpulkan untuk kuliah minggu pertama ini. Semoga pembaca mendapat manfaat darinya.

Tak kan tengok je...klik la sekali :)

Aishiteru 2~tak suka, tu ada button pause :)

Copyright© All Rights Reserved Alabucukbucuk.blogspot.com