Assalamualaikum
dan salam ceria buat pembaca sekalian. Saya dahulukan dengan ucapan terima
kasih kerana sudi melawat ke blog saya yang serba sederhana ini. Post untuk
kali ini agak serius sedikit kerana ada kaitannya dengan kecerdasan emosi yang
akan saya kupaskan sebentar lagi. [ayat poyo je :p]
Sebelum
itu, sabar dahulu...kita kan belajar major subjek Kecerdasan Emosi. Ingatlah
pepatah pernah berkata “sabar itu separuh daripada iman”. Senyum sikit J
Blog
“Ku Menunggu Pelangi Itu” saya ini merupakan salah satu ruang untuk tempat
meluahkan segala perasaan, emosi, luahan rasa; sama ada suka, duka, sedih, rindu,
cinta, persahabatan, kesetiaan dan banyak lagi yang tersirat di dalam hati
insan yang kecil molek ini huhu. Kadangkala penulisan mampu merungkai segala
perasaan lebih baik daripada percakapan.
Demikian
itu, saya berasa amat gembira apabila berpeluang menuntut ilmu subjek
Kecerdasan Emosi untuk semester 3 kali ini. Hal ini demikian kerana
tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang amat saya kagumi lagi saya
hormati adalah berkaitan dengan proforma subjek Kecerdasan Emosi yang disayangi
ini. Menerusi subjek ni juga, saya dapat mengenal identiti saya menerusi
kecerdasan emosi itu sendiri. Seseorang individu itu dikatakan tinggi
Kecerdasan Emosi (EQ) adalah apabila individu itu mampu mengawal emosinya
ketika ditimpa musibah/malang/kecelakaan. Saya suka hendak berkongsi satu
pepatah di dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi:
“Life
is like a roller coaster. It has its ups and downs.
But
it’s your choice to scream or enjoy the ride”
::
Jadi senyumlah untuk menghadapi hidup ini :D ::
Okei...opss
silap! Nanti ada orang marah..haha baiklah!
Kita
kembali kepada tujuan asal saya untuk mengupas perihal Kecerdasan Emosi ini.
Baiklah...apa
itu Kecerdasan Emosi (EQ)? Saya ingin meminjam definisi Goleman (1998):
“...kecerdasan
emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang
lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan
dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa
dan keadaan.”
Menurut
Gardner (1993) menyatakan:
Kecerdasan
emosi dalam gabungan kecerdasan intrapersonal dan interpersonal dalam teori
kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada keupayaan
kesedaran diri yang tinggi dan bertindak menurut kesedaran tersebut. Kecerdasan
ini membolehkan seseorang memahami dirinya dengan tepat dan berupaya menangani
keinginan, ketakutan, emosi dan motif diri dengan sewajarnya.
Tambahan
lagi, Amstrong (1994) berpendapat pemilik kecerdasan intrapersonal sentiasanya
menunjukkan sifat-sifat seperti berikut:
i. Sentiasa membuat refleksi diri
dan memikir tentang isu besar dalam kehidupan.
ii. Mementingkan pemajuan diri dan
kefahaman diri.
iii. Mengembangkan minat dan hobi
tersendiri.
iv. Sentiasa memikir tentang matlamat
hidup.
v. Mahir belajar daripada maklum
balas dan memahami kelebihan dan kelemahan diri.
vi. Menulis diari dan membuat catatan
khusus terhadap kehidupan diri.
vii. Berdikari, berazam, kuat dan
berupaya mendepani kegagalan.
Maka,
boleh dikatakan orang yang ingin meningkatkan kecerdasan emosinya dengan
melakukan refleksi kendiri dalam kehidupan seharian. Justeru, semakin
bertambah-tambah sayang saya terhadap subjek Kecerdasan Emosi ini oleh kerana
kami telah diwajibkan untuk menulis refleksi untuk setiap minggu kuliah
dijalankan di dalam blog masing-masing. Terima kasih buat pensyarah bagi subjek
major dalam semester kami ini. ^__^
Itulah
serba ringkas tentang Kecerdasan Emosi (EQ) yang dapat saya simpulkan untuk
kuliah minggu pertama ini. Semoga pembaca mendapat manfaat darinya.