Assalamualaikum salam pembuka bicara. Post saya
kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperjuangkan usaha bagi
menyiapkan refleksi bagi subjek Kecerdasan Emosi pada minggu ketiga. Pejam
celik pejam celik...tidak sedar sudah pun masuk kuliah yang ketiga. Sudah bosan
ke dengan catatan saya? Saya tahu anda tidak bosan. Berani nak bosan dengan
blog cik izzati yang cantik ini? (mula dah poyo haha :p). Jangan bosan
dulu...kerana saya nak tunjukkan korang satu video yang menarik berkaitan
dengan subjek KE yang penuh dengan emosi ini hehe. Apa yang menariknya?
Haah...kalau nak tahu klik la video ini untuk lihat =D
Apa perasaan korang
sejurus selepas menonton video di atas? Kasihan? Simpati? Padan muka? Atau
korang langsung tidak ada timbul apa-apa perasaan? Kalau yang itu korang perlu
check up kot-kot mana tahu ada fius dalam badan tu yang putus ke. Just kidding.
Okei = baiklah...
Motifnya saya memilih video ini
adalah bertujuan untuk melatih diri korang dalam 3 aspek iaitu IQ, EQ dan SQ.
hok aloh...apo pulok 3 bendo tuh? Sabar...sabar...jangan melatah. Korang tidak
perlu memenatkan kepala untuk memikirkannya. Saya akan terangkan sedikit
perihal 3 aspek ini secara ringkas.
Kecerdasan intelektual (Intelligence Quotient /IQ) adalah kemampuan
potensial seseorang untuk mempelajari sesuatu dengan menggunakan alat-alat
berpikir. Untuk mengetahui IQ (Intelligence Quotient) seseorang, dilakukan
tes inteligensi. Tes inteligensi menghasilkan IQ. IQ menggambarkan tingkat
inteligensi. Kecerdasan ini terletak di otak bahagian Cortex (kulit otak).
Kecerdasan ini adalah sebuah kecerdasan yang memberikan kita kemampuan untuk
berhitung, bernalogi, berimajinasi, dan memiliki daya kreatif serta inovasi.
Atau lebih tepatnya diungkapkan oleh para pakar psikologis dengan “What I
Think“. Apa yang saya fikirkan?
Kecerdasan emosi (Emotional Quotient/EQ) adalah kapasitas, kemampuan, dan
ketrampilan untuk menangkap atau menilai serta mengendalikan
emosi diri sendiri, orang lain, dan kelompok. Akan tetapi, definisi kecerdasan
emosi masih merupakan rahsia yang belum terungkap dan masih
berubah-ubah. Kecerdasan ini di otak berada pada otak belakang manusia.
Kecerdasan ini memang tidak mempunyai ukuran pasti seperti IQ, namun kita dapat
merasakan keberadaannya dalam diri seseorang. Oleh sebab itu EQ lebih tepat
diukur dengan feeling. Kecerdasan emosi digambarkan sebagai kemampuan
untuk memahami suatu keadaan perasaan seseorang, sama ada terhadap diri sendiri
ataupun orang lain. Banyak orang yang salah ertikan kecerdasan emosi ini di
bawah kecerdasan intelektual. Tetapi, penelitian mengatakan bahawa kecerdasan
ini lebih menentukan kejayaan seseorang dibandingkan dengan kecerdasan sosial.
Kecerdasan ini lebih tepat diungkapkan dengan “What I feel”. Apa yang
saya rasa?
Kecerdasan spiritual (Spiritual
Quotient/SQ) menurut Danah Zohar (Harvard University) dan Ian Marshall (Oxford
University) adalah kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna iaitu kecerdasan
untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas,
kaya dan mendalam; kecerdasan untuk menilai bahawa tindakan atau jalan hidup seseorang
lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain. Kecerdasan spiritual (Spiritual
Quotient ) menyedarkan kita akan tujuan hidup dan pemaknaan kehidupan yang kita
jalani. Bahawa hidup memiliki arah dan tujuan hidup, bahawa setiap kehidupan
memiliki pemaknaan yang tidak sekadar makna-makna bersifat duniawi. Kecerdasan
inilah yang menurut para pakar sebagai penentu kesuksesan seseorang. Kecerdasan
ini menjawab berbagai macam pertanyaan dasar dalam diri manusia. Kecerdasan ini
menjawab dan mengungkapkan tentang jati diri seseorang, “Who I am“.
Siapa saya? Untuk apa
saya diciptakan?
Sudah faham apa itu IQ, EQ dan SQ? Baiklah...kita
ambil kata kuncinya sahaja; “what I think?”, “what I feel?” dan “who I am?”. Apa
kaitannya pula dengan video ini? Jika kita lihat kembali pada video ini...Gopher,
sang memerang yang tidak dapat mencari makanan. Gopher telah menggunakan kebijaksanaannya (IQ) mencari makanan untuk hidup.
Namun Gopher menggunakan IQnya sahaja...tidak EQ. Tamak..Gopher sepatutnya
ambil makanan sekadar keperluan untuk makan sahaja. Gopher tidak mampu mengawal
EQnya ketika ditimpa malang seperti ini. Moralnya ialah orang tamak memang
sentiasa rugi. Demikianlah, kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Maksudnya di
sini, Gopher menggunakan teknik yag licik iaitu merosakkan jalan supaya
buah-buah jatuh ke tanah. Maka padanlah dengan nasibnya iaitu semua buah yang
jatuh itu dicuri oleh haiwan lain. Pengajarannya ialah kita perlu mencari
rezeki dengan cara yang halal. Di samping itu, nasib malang menimpa tidak
henti-henti. Sesungguhnya kita sebagai manusia perlu sentiasa bermuhasabah diri
dalam meningkatkan SQ kita. Percaya bahawa setiap perkara yang menimpa diri
kita tidak sia-sia, pasti ada hikmah disebaliknya.
Haah...walaupun hanya video sesingkat 4 minit
ini...banyak input yang dapat kita peroleh darinya. Semoga post untuk kali ini tidak mengecewakan korang untuk terus-terusan menyinggah blog saya. Peace no
war!! (^__^V)
No comments:
Post a Comment