“Assalamualaikum...hello...vanakam...konniciwak...moshi-moshi...”
Pelbagai bunyi membawa satu makna; iaitu menghargai
kalian yang sudi singgah ke blog saya kali ini. J
Sudah masuk minggu kedua bermakna post saya untuk
kali ini adalah berkaitan dengan refleksi kedua bagi sesi kuliah subjek
Kecerdasan Emosi yang paling saya sayangi <3
Kali ini saya ingin bercerita tentang ‘passion’. Perkataan
ini pernah saya dengar sebelum ini tetapi tidak pernah menghiraukan makna yang
tersirat padanya. Apabila memikirkan kembali, selama 19 tahun hidup ini, tidak
pernah memfokuskan passion diri kita. Namun, selepas saya mengenali subjek
Kecerdasan Emosi (EQ) ini telah mengajar saya untuk mengenali dan lebih
menghargai diri saya sendiri.
“Jika Anda menjadi penyapu jalanan, Anda harus
menyapu jalan layaknya Michelangelo melukis, sejenius Beethoven menggubah
musik, atau seindah tulisan Shakespeare. Anda harus menyapu jalan begitu baik
sehingga semua tentara surga dan Bumi akan berhenti sejenak dan berkata, ‘Di
sini tinggal penyapu jalanan yang melakukan pekerjaannya dengan sangat baik’.”
~Martin Luther King Jr.~
Berikut definisi dari kata passion
yang dipaparkan oleh wikipedia.com. Passion (dari
bahasa Greek (paskho) bermaksud derita).
Penggunaan derita ini membawa makna sesuatu perasaan yang kuat terhadap
seseorang atau sesuatu benda. Mungkin daripada definisi ini sukar
untuk kita memahami sepenuhnya apa itu passion. Menerusi kuliah pada minggu
kedua ini dan pembacaan tambahan sendiri, dapat saya simpulkan bahawa passion
adalah kesukaan yang sangat kuat terhadap
sesuatu perkara dan bersemangat dalam melakukannya. Sehingga dibayar
atau tidak dibayar, saya akan tetap melakukannya. Ringkasnya, sesuatu
yang dikerjakan dengan senang hati tanpa beban/lahir dari hati, besar kemungkinan
itulah passion anda.
Perasaan menemukan passion yang ada
dalam diri kita seolah-olah seperti bayangan kita menemukan harta karun.
Passion akan membawa kita melewati semua tentangan yang ada. Di samping itu, passion
akan membuat kita tetap tersenyum manis ketika kita mendengar pandangan yang
merendahkan diri kita kerana melakukan sesuatu. Contoh yang dapat saya berikan
adalah seperti seorang lelaki yang berminat terhadap motor vespa berwarna merah
jambu yang kelihatan kewanitaan. Namun, lelaki itu tidak malu dan berbangga membawa
motor vespanya itu ke sana-sini. Haha harap korang faham maksud saya ni :p
Sungguh ironis/tragis/sadis jika
anda melakukan sesuatu dengan rasa terpaksa (ayat terlebih sudah :p). Rasa terpaksa tidak pernah
melahirkan kebahagiaan yang sejati. Percaya atau tidak passion
juga melambangkan identiti diri kita! Bagi saya, passion yang terdapat dalam
diri saya ialah membaca novel. Mengapa? Saya juga tidak dapat menjawabnya. Sebenarnya
jika kita telah meminati @ passion terhadap sesuatu perkara itu tidak
memerlukan sebab-musabab. Yang pasti ia memberikan kepuasan yang tinggi untuk
diri kita. Lagi-lagi novel itu mengetengahkan unsur percintaan, kasih sayang,
perkahwinan dan sama waktu dengannya. Saya sentiasa membayangkan diri saya
merupakan watak utama heroin dalam novel tersebut. Kadangkala sampai
menangis-nangis apabila klimaks cerita dan ada juga ketawa pontianak dek
gelakkan jenaka yang diselitkan oleh penulis. Sehinggakan diri ini dikutuk
tersangatlah jiwangnya dan terlalu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan
sebuah buku. Namun, saya berasa puas apabila membaca novel tersebut sehingga ke
titisan dakwat yang terakhir (haha poyo lagi :p).
Sekian...refleksi
saya untuk minggu ini. Harap pembaca tidak jemu-jemu membaca blog saya ini. Hidup
KE !! ^__^
No comments:
Post a Comment