•
Apakah faktor yang membezakan kecerdasan Albert Einstein, Mike Tyson dan
Michael Ballack dengan Adnan Okhtar (Harun Yahya), Dr. Zakir Abdul Karim Naik
dan Ahmadinejad?
• Penjelasan lengkap dan terperinci mengenai proses minda manusia bekerja dan
bagaimana emosi dan spiritualiti menempatkan diri dalam struktur minda.
• Apakah yang dikatakan mukjizat bahasa Quran dan bagaimana ia berperanan dalam
menjelaskan kecerdasan minda manusia?
• Jawapan kepada persoalan mengapa Fikir, Zikir, Ilmu dan Nadzar dikatakan
sebagai medan semantik minda manusia.
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini
Penghargaan
Pendahuluan: Daripada Astronomi kepada Brainomi
Bab 1: Alam Semesta di dalam Kepala
Bab 2: Peta Otak
Bab 3: Seksualiti Otak
Bab 4: Satu Kepala Tiga Fikiran
Bab 5: Kudrat Berbahasa
Bab 6: Fenomena Eureka
Bab 7: Akal dan Otak di dalam Quran
Bab 8: Mukjizat Quran Mengenai Otak
Bab 9: Jejak Tuhan dalam Otak
Bab 10: Epistemologi Akal
Penutup: 10 Hukum Dasar Otak
Nota Hujung
Bibliografi
Biodata Penulis
Kecerdasan dan Kejayaan
Bagi orang awam, dua perkara di atas adalah perkara
biasa. Namun, bagi pakar yang mengkaji bidang kecerdasan manusia, dua perkara
itu adalah sesuatu yang luar biasa. Ia dianggap luar biasa kerana ternyata
pelajar atau penuntut yang pintar di sekolah (yang memperoleh keputusan
peperiksaan dan CGPA yang bagus) belum tentu menjadi orang yang berjaya di
dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, kejayaan dalam hidup tidak hanya
ditentukan oleh keputusan peperiksaan atau CGPA seseorang.
Perkara paling tragik mengenai kaitan antara kecerdasan dan kejayaan boleh
dilihat pada seorang cerdik pandai iaitu Theodore John Kaczynski. Dia merupakan
seorang genius matematik lulusan Harvard University dan Michigan University,
yang juga digelar Unabomber. Dengan bom yang diciptanya sendiri, dia membunuh 3
orang, mencederakan 23 orang, dan merancang keganasan ini selama 17 tahun.
Keganasan yang dilakukannya selama puluhan tahun itu tidak dapat dibandingkan
dengan kebijaksanaannya. Sewaktu berusia 15 tahun, dia tamat sekolah menengah.
Pada usia 16 tahun, dia memperoleh biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke
Harvard University. Pada usianya 20 tahun, dia berjaya memperoleh ijazah
sarjana dan pada usia 21 tahun, dia memperoleh gelaran doktor matematik.
Minda cerdik ini kaya dengan formula matematik. Kemampuannya sungguh
mengagumkan. “Ted selalu menggunakan daya imaginasinya,” kata bekas
pensyarahnya. Walaupun rumit sesuatu masalah matematik itu pasti dapat
diselesaikannya. Sayangnya, kehebatan dalam bidang matematik tidak diiringi dengan
kemampuannya dalam membina hubungan sosial. Ted tidak mampu menjalin hubungan
sosial dengan orang lain. Ted adalah “orang pintar yang jahat.” Dia boleh
disamakan dengan orang-orang pintar yang sengaja menghasilkan penemuan bagi
membunuh orang lain.
Di sekeliling kita, terdapat ramai “Ted” yang wujud dalam pelbagai jenis dan
bentuk. Para cerdik pandai di sekolah menengah ataupun di pusat pengajian
tinggi sebahagiannya mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi sehingga tidak
mampu dilaksanakan. Mereka ini merupakan tokoh-tokoh yang dikagumi ramai orang.
Sebahagian besar orang mengagumi Habibie daripada Iwan Fals. Sebahagian yang
lain pula lebih mengagumi Thomas Edison daripada peninju Muhammad Ali. Ini
tidak salah. Namun ia membuktikan kurangnya penghargaan kepada kemampuan lain
yang dimiliki oleh setiap orang yang berlainan. Cuba saudara teliti syarat bagi
memohon jawatan sebagai seorang pegawai seperti yang ditetapkan oleh sebuah
jabatan kerajaan. Ia pernah dimuatkan dalam sebuah akhbar harian nasional: “Memiliki
sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, CGPA lebih daripada 3.0, pengalaman
bekerja tidak kurang daripada 1 tahun, dan keutamaan diberikan kepada calon
yang memiliki ijazah dalam bidang hubungan kemanusiaan.” Syarat seumpama ini
biasa dikenakan bagi permohonan mana-mana jawatan pegawai sekalipun. Ia wujud
kerana anggapan dan harapan berlebihan yang disandarkan pada kecerdasan
matematik. Ia juga menunjukkan seolah-olah wujud hubungan secara langsung di
antara CGPA 3.0 dengan mutu kerja. Syarat seumpama ini secara tidak langsung
merugikan mereka yang memiliki CGPA kurang daripada 2.0 tetapi mempunyai
kecerdasan lain yang lebih menonjol. Pemain tenis Wynne Prakusya dan pelakon
drama Ayu Azhari juga belum menerima penghargaan yang sewajarnya daripada orang
ramai.
No comments:
Post a Comment