Tuesday 10 July 2012

REFLEKSI MINGGU 3 (Video EQ)

Assalamualaikum salam pembuka bicara. Post saya kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperjuangkan usaha bagi menyiapkan refleksi bagi subjek Kecerdasan Emosi pada minggu ketiga. Pejam celik pejam celik...tidak sedar sudah pun masuk kuliah yang ketiga. Sudah bosan ke dengan catatan saya? Saya tahu anda tidak bosan. Berani nak bosan dengan blog cik izzati yang cantik ini? (mula dah poyo haha :p). Jangan bosan dulu...kerana saya nak tunjukkan korang satu video yang menarik berkaitan dengan subjek KE yang penuh dengan emosi ini hehe. Apa yang menariknya? Haah...kalau nak tahu klik la video ini untuk lihat =D



Apa perasaan korang sejurus selepas menonton video di atas? Kasihan? Simpati? Padan muka? Atau korang langsung tidak ada timbul apa-apa perasaan? Kalau yang itu korang perlu check up kot-kot mana tahu ada fius dalam badan tu yang putus ke. Just kidding. Okei = baiklah...
Motifnya saya memilih video ini adalah bertujuan untuk melatih diri korang dalam 3 aspek iaitu IQ, EQ dan SQ. hok aloh...apo pulok 3 bendo tuh? Sabar...sabar...jangan melatah. Korang tidak perlu memenatkan kepala untuk memikirkannya. Saya akan terangkan sedikit perihal 3 aspek ini secara ringkas.
Kecerdasan intelektual (Intelligence Quotient /IQ) adalah kemampuan potensial seseorang untuk mempelajari sesuatu dengan menggunakan alat-alat berpikir. Untuk mengetahui IQ (Intelligence Quotient) seseorang, dilakukan tes inteligensi. Tes inteligensi menghasilkan IQ. IQ menggambarkan tingkat inteligensi. Kecerdasan ini terletak di otak bahagian Cortex (kulit otak). Kecerdasan ini adalah sebuah kecerdasan yang memberikan kita kemampuan untuk berhitung, bernalogi, berimajinasi, dan memiliki daya kreatif serta inovasi. Atau lebih tepatnya diungkapkan oleh para pakar psikologis dengan “What I Think“. Apa yang saya fikirkan?
Kecerdasan emosi (Emotional Quotient/EQ) adalah kapasitas, kemampuan, dan ketrampilan untuk menangkap atau menilai serta mengendalikan emosi diri sendiri, orang lain, dan kelompok. Akan tetapi, definisi kecerdasan emosi masih merupakan rahsia yang belum terungkap dan masih berubah-ubah. Kecerdasan ini di otak berada pada otak belakang manusia. Kecerdasan ini memang tidak mempunyai ukuran pasti seperti IQ, namun kita dapat merasakan keberadaannya dalam diri seseorang. Oleh sebab itu EQ lebih tepat diukur dengan feeling. Kecerdasan emosi digambarkan sebagai kemampuan untuk memahami suatu keadaan perasaan seseorang, sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Banyak orang yang salah ertikan kecerdasan emosi ini di bawah kecerdasan intelektual. Tetapi, penelitian mengatakan bahawa kecerdasan ini lebih menentukan kejayaan seseorang dibandingkan dengan kecerdasan sosial. Kecerdasan ini lebih tepat diungkapkan dengan “What I feel”. Apa yang saya rasa?
Kecerdasan spiritual (Spiritual Quotient/SQ) menurut Danah Zohar (Harvard University) dan Ian Marshall (Oxford University) adalah kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas, kaya dan mendalam; kecerdasan untuk menilai bahawa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain. Kecerdasan spiritual (Spiritual Quotient ) menyedarkan kita akan tujuan hidup dan pemaknaan kehidupan yang kita jalani. Bahawa hidup memiliki arah dan tujuan hidup, bahawa setiap kehidupan memiliki pemaknaan yang tidak sekadar makna-makna bersifat duniawi. Kecerdasan inilah yang menurut para pakar sebagai penentu kesuksesan seseorang. Kecerdasan ini menjawab berbagai macam pertanyaan dasar dalam diri manusia. Kecerdasan ini menjawab dan mengungkapkan tentang jati diri seseorang, “Who I am“. Siapa saya? Untuk apa saya diciptakan?
Sudah faham apa itu IQ, EQ dan SQ? Baiklah...kita ambil kata kuncinya sahaja; “what I think?”, “what I feel?” dan “who I am?”. Apa kaitannya pula dengan video ini? Jika kita lihat kembali pada video ini...Gopher, sang memerang yang tidak dapat mencari makanan. Gopher telah menggunakan kebijaksanaannya (IQ) mencari makanan untuk hidup. Namun Gopher menggunakan IQnya sahaja...tidak EQ. Tamak..Gopher sepatutnya ambil makanan sekadar keperluan untuk makan sahaja. Gopher tidak mampu mengawal EQnya ketika ditimpa malang seperti ini. Moralnya ialah orang tamak memang sentiasa rugi. Demikianlah, kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Maksudnya di sini, Gopher menggunakan teknik yag licik iaitu merosakkan jalan supaya buah-buah jatuh ke tanah. Maka padanlah dengan nasibnya iaitu semua buah yang jatuh itu dicuri oleh haiwan lain. Pengajarannya ialah kita perlu mencari rezeki dengan cara yang halal. Di samping itu, nasib malang menimpa tidak henti-henti. Sesungguhnya kita sebagai manusia perlu sentiasa bermuhasabah diri dalam meningkatkan SQ kita. Percaya bahawa setiap perkara yang menimpa diri kita tidak sia-sia, pasti ada hikmah disebaliknya.
Haah...walaupun hanya video sesingkat 4 minit ini...banyak input yang dapat kita peroleh darinya. Semoga post untuk kali ini tidak mengecewakan korang untuk terus-terusan menyinggah blog saya. Peace no war!! (^__^V)

No comments:

Post a Comment

Tak kan tengok je...klik la sekali :)

Aishiteru 2~tak suka, tu ada button pause :)

Copyright© All Rights Reserved Alabucukbucuk.blogspot.com