Thursday 13 September 2012

BEDAH BUKU ~REVOLUSI IQ-EQ-SQ~


• Apakah faktor yang membezakan kecerdasan Albert Einstein, Mike Tyson dan Michael Ballack dengan Adnan Okhtar (Harun Yahya), Dr. Zakir Abdul Karim Naik dan Ahmadinejad?

• Penjelasan lengkap dan terperinci mengenai proses minda manusia bekerja dan bagaimana emosi dan spiritualiti menempatkan diri dalam struktur minda.
• Apakah yang dikatakan mukjizat bahasa Quran dan bagaimana ia berperanan dalam menjelaskan kecerdasan minda manusia?
• Jawapan kepada persoalan mengapa Fikir, Zikir, Ilmu dan Nadzar dikatakan sebagai medan semantik minda manusia.

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini 
Penghargaan 
Pendahuluan: Daripada Astronomi kepada Brainomi

Bab 1: Alam Semesta di dalam Kepala 

Bab 2: Peta Otak 
Bab 3: Seksualiti Otak 
Bab 4: Satu Kepala Tiga Fikiran 
Bab 5: Kudrat Berbahasa 
Bab 6: Fenomena Eureka 
Bab 7: Akal dan Otak di dalam Quran 
Bab 8: Mukjizat Quran Mengenai Otak 
Bab 9: Jejak Tuhan dalam Otak 
Bab 10: Epistemologi Akal

Penutup: 10 Hukum Dasar Otak 

Nota Hujung 
Bibliografi 
Biodata Penulis



Kecerdasan dan Kejayaan


Bagi orang awam, dua perkara di atas adalah perkara biasa. Namun, bagi pakar yang mengkaji bidang kecerdasan manusia, dua perkara itu adalah sesuatu yang luar biasa. Ia dianggap luar biasa kerana ternyata pelajar atau penuntut yang pintar di sekolah (yang memperoleh keputusan peperiksaan dan CGPA yang bagus) belum tentu menjadi orang yang berjaya di dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, kejayaan dalam hidup tidak hanya ditentukan oleh keputusan peperiksaan atau CGPA seseorang.

Perkara paling tragik mengenai kaitan antara kecerdasan dan kejayaan boleh dilihat pada seorang cerdik pandai iaitu Theodore John Kaczynski. Dia merupakan seorang genius matematik lulusan Harvard University dan Michigan University, yang juga digelar Unabomber. Dengan bom yang diciptanya sendiri, dia membunuh 3 orang, mencederakan 23 orang, dan merancang keganasan ini selama 17 tahun. Keganasan yang dilakukannya selama puluhan tahun itu tidak dapat dibandingkan dengan kebijaksanaannya. Sewaktu berusia 15 tahun, dia tamat sekolah menengah. Pada usia 16 tahun, dia memperoleh biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke Harvard University. Pada usianya 20 tahun, dia berjaya memperoleh ijazah sarjana dan pada usia 21 tahun, dia memperoleh gelaran doktor matematik.
Minda cerdik ini kaya dengan formula matematik. Kemampuannya sungguh mengagumkan. “Ted selalu menggunakan daya imaginasinya,” kata bekas pensyarahnya. Walaupun rumit sesuatu masalah matematik itu pasti dapat diselesaikannya. Sayangnya, kehebatan dalam bidang matematik tidak diiringi dengan kemampuannya dalam membina hubungan sosial. Ted tidak mampu menjalin hubungan sosial dengan orang lain. Ted adalah “orang pintar yang jahat.” Dia boleh disamakan dengan orang-orang pintar yang sengaja menghasilkan penemuan bagi membunuh orang lain.

Di sekeliling kita, terdapat ramai “Ted” yang wujud dalam pelbagai jenis dan bentuk. Para cerdik pandai di sekolah menengah ataupun di pusat pengajian tinggi sebahagiannya mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi sehingga tidak mampu dilaksanakan. Mereka ini merupakan tokoh-tokoh yang dikagumi ramai orang. Sebahagian besar orang mengagumi Habibie daripada Iwan Fals. Sebahagian yang lain pula lebih mengagumi Thomas Edison daripada peninju Muhammad Ali. Ini tidak salah. Namun ia membuktikan kurangnya penghargaan kepada kemampuan lain yang dimiliki oleh setiap orang yang berlainan. Cuba saudara teliti syarat bagi memohon jawatan sebagai seorang pegawai seperti yang ditetapkan oleh sebuah jabatan kerajaan. Ia pernah dimuatkan dalam sebuah akhbar harian nasional: “Memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, CGPA lebih daripada 3.0, pengalaman bekerja tidak kurang daripada 1 tahun, dan keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki ijazah dalam bidang hubungan kemanusiaan.” Syarat seumpama ini biasa dikenakan bagi permohonan mana-mana jawatan pegawai sekalipun. Ia wujud kerana anggapan dan harapan berlebihan yang disandarkan pada kecerdasan matematik. Ia juga menunjukkan seolah-olah wujud hubungan secara langsung di antara CGPA 3.0 dengan mutu kerja. Syarat seumpama ini secara tidak langsung merugikan mereka yang memiliki CGPA kurang daripada 2.0 tetapi mempunyai kecerdasan lain yang lebih menonjol. Pemain tenis Wynne Prakusya dan pelakon drama Ayu Azhari juga belum menerima penghargaan yang sewajarnya daripada orang ramai.



No comments:

Post a Comment

Tak kan tengok je...klik la sekali :)

Aishiteru 2~tak suka, tu ada button pause :)

Copyright© All Rights Reserved Alabucukbucuk.blogspot.com