Thursday 13 September 2012

REFLEKSI MINGGU 4 (Kompetensi EQ Personal dan Sosial)


Daniel Goleman, pengarang buku ‘Working with Emotional Intelligence’ (Goleman, D. 1998)  menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu, termasuk aspek kesihatan dan sosial.
Dalam bidang pekerjaan mengikut Goleman "... people of high IQ flounder and those of moderate IQ do surprisingly well... Lack of emotional intelligence can sabotage the intellect and ruin careers..." Ini membawa maksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah diimbangi dengan aspek emosi.
Mengikut Daniel, kecerdasan emosi adalah situasi di mana aspek rohaniah perlu diberi keutamaan dalam kehidupan kita terutamanya dalam situasi bekerja. Beliau mengkategorikan kompetensi-kompetensi Emosi seperti berikut:
Kompetens Sosial
Kesedaran Sosial (Social Awareness)
Pengurusan Hubungan (Relationship Management)
·         empati (empathy)
·         kesedaran organisasi (organizational awareness)
·         perkhidmatan (service orientation)
·         kepimpinan berinspirasi (inspirational leadership)
·         pengaruh (influence)
·         membina pelajar  dan rakan sejawat (developing others)
·         pemangkin perubahan (change catalyst)
·         pengurusan konflik (conflict management)
·         Menyemai dan mengekalkan hubungan (building bonds)
·         Kerja berpasukan dan kolaborasi (teamwork and collaboration)

Empati (Empathy)
i.        Memahami pelajar  dan rakan sejawat (understanding others)
ii.        Membina pelajar  dan rakan sejawat (developing others)
iii.        Orientasi khidmat (service orientation)
iv.        Memupuk kepelbagaian (leveraging diversity)
v.        Kesedaran politik (political awareness)
Kemahiran Sosial (Social Skills)
i.        pengaruh (influence)
ii.        Komunikasi (communication)
iii.        pengurusan konflik (conflict management)
iv.        kepimpinan (leadership)
v.        pemangkin perubahan (change catalyst)
vi.        Menyemai dan mengekalkan hubungan (building bonds)
vii.        kolaboratif dan koperatif (collaboration and cooperation)
viii.        Keupayaan berpasukan (team capabilities)

Empati merupakan satu aspek kecerdasan emosi yang penting.  Para penyelidik telah sedar bahawa empati menyumbang kepada kejayaan kerjaya seseorang.  Rosenthal dan rakan sejawatnya di Harvard dapati bahawa orang yang boleh mengesan emosi rakan-rakannya dengan tepat lazimnya berjaya dalam kerja dan kehidupan sosialnya (Rosenthal, 1997)
Keupayaan seseorang untuk mengenalpasti, memahami dan mengurus emosi kendiri merupakan asas kompetensi sosial dan emosi yang penting untuk kejayaan dalam kerjayanya. 

 Mengenali emosi orang lain 
Empati, kemampuan yang bergantung pada kesadaran diri emosional, merupaka ketrampilan bergaul dasar. Orang yang empatik lebih mampu menangkap sinyal-sinyal sosial tersembunyi yang mengisyaratkan apa-apa yang dibutuhkan dan dikehendaki orang lain. 
 Membina hubungan 
Merupakan ketrampilan meneglola emosi orang lain. Ketrampilan ini menunjang popularitas, kepemimpinan dan keberhasilan antar pribadi. Orang yang hebat dalam ketrampilani ini akan sukses dalamm bidang apapun yang mengandalkan pergaulan mulus dengan orang lain. 

Kompetens Personal merangkumi tiga unsur utama iaitu:  Kesedaran Kendiri,  Pengurusan Kawalan Kendiri, dan Motivasi (Goleman, D. 1998).  Ketiga-tiga unsur ini dengan keupayaannya dihuraikan seperti berikut:

Kesedaran Kendiri (Self-Awareness)

Kesedaran emosi kendiri
Mengenali emosi dan kesannya
Ketepatan taksiran kendiri
Mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri
Keyakinan kendiri
Keyakinan keupayaan kendiri
Individu yang memiliki kompetens ini.......
·   sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya
·   sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan
·   sedar bagaimana perasaan mempengaruhi prestasi
·   mempunyai kesedaran tentang nilai dan matlamat
·   sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri
·   reflektif, belajar daripada pengalaman
·   terbuka kepada maklumbalas jujur, perspektif baru, pembelajaran berterusan dan perkembangan diri
·   berupaya menunjukkan unsur kecindan dan perspektif sendiri
·   berkeyakinan, berketrampilan dan disedari kehadirannya
·   berani menyuarakan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan sesuatu yang betul
·   berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan tekanan

Bagaimana anda mengurus emosi anda dalam Pengurusan Kawalan Kendiri.
Pengurusan Kawalan Kendiri  (Self- regulation)
Kawalan kendiri : Menguruskan emosi yang disruptif
Individu yang memiliki kompetens ini
·   mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik
·   tenang, positif semasa tertekan
·   berfikiran waras and berfokus dalam tekanan
Keamanahan: Mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. 
·   bertindak secara beretika mengikut peraturan
·   membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autentisiti
·   mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain
·   Mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular
Ketekunan: Bertanggungjawab atas prestasi diri
·   menepati komitmen dan menunaikan janji
·   bersifat akauntabel untuk memenuhi objektif
·   teratur dan sistematis dalam tugas kerja






Kebolehsuaian: Keluwesan dalam menangani perubahan
·   menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap
·   menyesuaikan respon dan taktik kepada keadaan yang sering berubah
·   luwes dalam persepsi peristiwa-peristiwa yang berlaku
Inovasi: Rasa selesa dan terbuka kepada ide-ide serta maklumat baru
·         mencari ide baru dari pelbagai sumber
·         memikirkan penyelesaikan kreatif kepada masalah-masalah
·         menjanakan ide-ide baru
·         mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran

Keupayaan yang membolehkan anda mencapai matlmat dengan menelitikan unsur kompetens motivasi.
Motivasi  (Motivation)
Motivasi Pencapaian: Berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan
Individu yang memiliki kompetens ini
·         berorientasikan hasil, dengan motivasi tinggi untuk memenuhi objektif dan piawaian
·         memberikan matlamat mencabar dan mengambil risiko yang dipertimbangkan
·         Mengejar maklumat untuk mengurangkan ketidakpastian dan mencari jalan untuk penambahbaikan
·         belajar cara untuk menambahbaikkan prestasi
Komitmen: Selaras dengan matlamat kumpulan atau organisasi
·         bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi matlamat organisasi
·         menyedari nilai tujuan dalam misi
·         menggunakan nilai utama kumpulan dalam membuat keputusan dan menjelaskan pilihan yang dibuat
·         Mencari peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan
Inisiatif: Kesediaan bertindak apabila ada peluang
·         bersedia memanfaatkan peluang-peluang
·         mengejar matlamat yang lebih tinggi daripada yang diperlukan/dijangkakan
·         Mengenipikan birokrasi dan peraturan sekiranya perlu untuk menyelesaikan tugas
·         memobilisasikan orang lain melalui usaha-usaha yang luar biasa dan berfaedah
Optimisme: Kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah
·         terus berusaha mencari matlamat walaupun ada halangan dan masalah
·         bertindak dari harapan kejayaan, bukan ketakutan kegagalan
·         melihat masalah sebagai akibat daripada keadaan yang boleh diurus, bukan daripada satu kekurangan personal

Dalam buku "Working With Emotional Intelligence", Goleman menekankan perlunya emotional intelligence dalam dunia kerja, suatu bidang yag seringkali dianggap lebih banyak menggunakan "cara berfikir analitis" daripada melibatkan perasaan atau emosi. Menurutnya setiap orang dalam perusahaan atau organisasi dituntut untuk memiliki EQ yang tinggi. Selain itu Goleman berpendapat bahwa IQ bersifat relatif tetap, sementara EQ dapat berubah sehingga biasa dibentuk dan dipelajari.


Rumusan
Ketenangan dan keseronokan adalah salah satu daripada keperluan asas manusia. Perasaan tenang dan seronok bukan sahaja ingin dikecapi di rumah tetapi juga di tempat kerja. Ini boleh dikecapi melalui suasana mesra yang dapat dijalinkan dalam satu pasukan yang mempunyai semangat kekitaan. Amalan kompetensi personal harus direalisasikan melalui amalan dan tindakan dalam pekerjaan. Kelembutan, ketegasan dan kemesraan dalam menjalankan tugas akan lebih dihormati daripada kekerasan dan paksaan. Kompetensi ini bertindak tanpa mengikut perasaan, menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Setiap kekuatan yang ada pada diri seseorang itu perlulah diperkembangkan dan dihormati manakala setiap kelemahan itu perlulah dibimbing, didorong dan diperbaiki agar dapat memenuhi satu hala tuju yang diingini.



No comments:

Post a Comment

Tak kan tengok je...klik la sekali :)

Aishiteru 2~tak suka, tu ada button pause :)

Copyright© All Rights Reserved Alabucukbucuk.blogspot.com